Thursday, April 25, 2013

Jakarta- Puncak- Bandung

Hari Pertama. 

Seawal jam 3.30 pagi dah bertolak dari rumah @ Bandar Tasik Puteri Rawang. Perjalanan ke LCCT mengambil masa hampir 1 jam 15 minit gak.. 
Sampai ja kaunter dah dibuka, EN Hubby pergi parking, saya mulalah que. Ramai gak yg nak ke Jakarta pagi ni.. boleh dikatakan penuhlah flight yg kita orang naik tu..


Menunggu giliran untuk check in.

Sempat lagi possing ngan Afiq masa dlm flight.

Hari pertama.
Dari Airport Jakarta ke Puncak.
 

 




Hari kedua.
Kawah Putih.
 

Wednesday, April 24, 2013

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum..
Hari ni nak share masakan Gulai kepala ikan merah, kedah punya na.. atau kari kepala ikan.
Ingat arwah ayah yg ajar masak gulai dulu.. semuanya disediakan dulu dlm mangkuk-mangkuk kecik sebelum dimasak. La ni aku main masuk-masuk je mana sempat.
Kelapa diperah, diasingkan kepala santan dgn yg cair.. time tu jugak la asam jawa diramas sekali.. baru la ayaq tangan namanya. La ni semuanya segera.. santan dah perah, asam jawa pun dah tak ramas. Time2 ni teringatkan arwah ayah... Kalau tak kerana ayah yang selalu suruh masak dulu-dulu mungkin aku tak la passion tentang memasak macam sekarang.


Bahan-bahannya:
Bahan tumisan:
Bawang merah dihiris nipis
Bawang putih dihiris nipis
Halba campur
Daun kari
Kepala ikan & sedikit isi
Santan
Air Asam
Kacang bendi
Tomato
- kuantitinya agak2 la sendiri.

Ready to serve..:D

Senang je kan.. kejap je tak sampai pun 1/2 jam.
Ok, next nak mkn apa pulak ye..?


Love To Cook, Love To Eat Too :D


Medan, Indonesia

Assalamualaikum
24 Nov 2012

Jalan-jalan bersama keluarga.

Hari pertama.
Check in seawal jam 5.30 pagi di LCCT. Mak datang ngan Asmah, Mertua pula dgn aku.


Medan ni dekat je.. ada kot 1 jam dalam flight dah sampai.  Aiport Medan. Kat sini kena beringat-ingat sikit. Ramai sangat yang nak tolong angkat bag. Dalam beringat-ingat tu pun terlepas gak bag.. apa lagi kena pau la! Dia orang ni memang akan buat apa saja untuk cari duit.

En Hubby dah siap2 cari Pak Supir, memang dah book awal2. Cari je dari EN Google. Pak supir dah ready menunggu. Wow, besar keretanya, naik apa tu.. van yg besar tu.. lupalah pulak. Kami dibawa terus ke tempat makan.. :D


Makanan Minang, awalnya terkejut Mak tengok makanan yg banyak.. hehe. Mak.. makan yg mana nak je, yg tak mau ketepikan.. Hehe.

Dah kenyang, sempat lagi bergambar tu..



Teruskan perjalanan ke Brastagi.
Jauh la jugak.. dah mula rasa sejuk2 tu. Singgah makan jagung rebus. Budak-budak ni macam tak pernah tengok beruk.. hehe, memang pun! Tapi amaze lah juga sebab beruk tu besar..


Jauh jugak perjalanannya.. ada la dalam 2 1/2 jam. Sampai hotel di Brastagi. Cuaca redup dengan suhu persekitaran yang sejuk.. cam Cameron Highlan gitu..





Explore Pasar Brastagi.. sempat la naik kuda.


Hari Kedua.



On the way nak ke Tasik Danau Toba, singgah minum dulu kat tempat ni..
Memang terkenal tempat ni.






Pokok Gambir


Naik bot ke Tasik Danau Toba, sempat dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi cilik.


Maisara ngan Bibik Ria





Penyanyi cilik beraksi

Pulau Danau Toba ni kecik je.
Penduduknya dari keturunan Batak.Khabarnya semua yang ada kat sini beragama Kristrian.







Rumah tradisional Batak ni tak ada bilik. Dari cerita yg didengar, tujuannya dalah untuk mengekalkan keharmonian diantara ahli keluarga.. Emm entahlah, boleh ka macam tu..

Rumah Batak.


Kubur Raja dan Pahlawan disini suatu masa dahulu. Ada satu Kubur Islam.
Malangnya Islam tak dapat berkembang disini..

Sesi mendengar penerangan.



Belum sampai Bandar Bandung lg..  jauh lagi. Singgah makan dekat padang apa ntah.. meja kecik ngan kerusi rendah. Kelakar je..



Hari ke Tiga.
Melawat sekitar Bandung


Lobi Hotel

Istana Maimoon.
 










Sempat ke Herbalife Office Medan tapi malangnya hari ni tutup sebab mereka ada convention besar kat mana ntah.. Sian kat kami, dah lah susuah nak cari!







Hari ketiga



Datang lagi kepasar ni.. tak habis membeli semalam.. hehe


Big bos dalam diam-diam dah tempah seluar ngan kemeja semalam, hari ni datang ambik..


Budak-budak, kat mana-mana pun nak main..


Wilflife Gallery Pak Rahmat.. kat sinilah Asmah hampir2 dicopet. Mesti berhati-hati kalau berjalan kat Medan ni.. Dua org perempuan tu follow sejak dari pasar.. dasat betul!

Untuk masuk ke galeri ni, tiket dalam RM