Wednesday, April 13, 2016

Tip Atasi Masalah Sakit Lutut - 1

TIP JAGA SENDI πŸ’ͺ

Jom baca TIP ni..moga blh kita amalkan dan beri manfaat bersama.heart emoticon
Lakukan regangan ringan setiap pagi.
Sebelum bangun tidur di pagi hari, sebaiknya jangan terus bangun dan berdiri dari tempat tidur. Lakukan pregangan dengan cara meregangkan lengan ke atas kepala, kemudian tarik lutut ke arah dada secara bergantian. Untuk duduk, bergulinglah ke sisi tempat tidur dan gunakan lengan untuk membantu mengangkat tubuh. Setelah berdiri letakkan tangan pada pinggang lalu pekan-pelan condongkan tubuh ke belakang untuk meregangkan tulang punggung.

Jalan santai. Lakukan jalan santai minima 3 kali seminggu dengan 2 jam setiap latihan, kerana berguna untuk menguatkan otot punggung dan sendi lutut.
Berolahraga. Lakukan olahraga seperti renang, berbasikal dan berlari. 🚲
Rehatkan punggung apabila bekerja dalam posisi duduk yang lama atau melakukan perjalanan jauh dengan kereta/pesawat, sebaik-sebaiknya setiap satu jam berdiri dan berjalan keliling untuk meregangkan punggung dan otot.
Jangan membongkuk bila mengambil dan mengangkat benda dari arah bawah, sebaiknya ambil posisi berlutut dan angkat.
Hindari menggunakan tenaga dari tulang punggung bila mengangkat beban, sebaiknya gunakan tenaga dari kaki.
Biasakan duduk dan berdiri dengan tegak.
Gunakan katil dan tilam yang baik dan rata. Tilam mestilah yang rata dan tidak melengkung. πŸ’€
Pakai bantal punggung bila diperlukan, bantal ini boleh didapati dibeli di pharmasi atau atau kedai alat kesihatan.
Hindari pakaian yg terlalu ketat, sebaiknya pakai pakaian yang longgar dan selesa di tubuh.
Berhenti merokok. Merokok mengurangkan aliran darah dan melemahkan otot.
Kekalkan berat badan yang ideal.πŸ’ͺ
Senyum, happy-happy selalu dan sentiasa positif.

Kalau rasa bermanfaat, bolehlah share post ni.. Tq ye..

Kredit kepada  https://www.facebook.com/penawarsendiisila/

Follow https://www.facebook.com/penawarsendiisila/ untuk tip2 sakit lutut dan cara mengatasi sakit lutut dan sendi.

Tuesday, December 8, 2015

Simple Cheese Cake Gebu

Assalammualaikum.
Dah lama rasanya tak menulis disini. Ntah apa2 sibuknya.
Hr ni punya pun minta maaflah kalau byk typo ya.. entry dr phone je. Jari akak ni bulat2 bosar.. keypadnya cinonet.. hahaha. Tp semangat nak jugak post entry.

Semenjak 2 menjak ni akak dah kembali ke hobi lama.. menjahit.. tp memasak tetap dihati. Ada juga masak sesuatu yg rasanya elok dikongsi tp tak menyempat nak menaip you! 😊

Ok hr ni nak kongsi kek yg nak2 akak suka sgt ni.. kejap je dah licin. Kalau suka blh ja share.. akak halalkan & terima kasih juga buat empunya asal resepi ni. Tak tau siapa orangnya.. banyak pahalanya kan..









Hujung minggu ni blh la try buat ye.. suka anak2 bila mama yg buat. Akak ni tengah cuti sekolah.. so blh la merajinkan diri bila2 je.. hihi.

Selamat Membaking .. 😊

Thursday, April 16, 2015

Pengalaman Mematangkan Kita - Acc Fb kena hack

Assalamualaikum.

Dah demam dua hari rentetan FB acc kena godam.. Ish, tak sangka sungguh.
Saya bukanlah bisnesman besar besaran. Berniaga untuk menyara keluarga. Sungguh sedih
bila page Butik Qaireen Collection di hack dan diambil terus oleh manusia durjana yg tidak bertanggungjawab.

Hampir sebulan penulisan saya terhenti..
5 tahun saya bertungkus lumus disitu, tapi bila dikenang2, di ingat2 tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.  Ini bukan bermakna saya hanya berserah semata-mata. Saya dah ikhtiar berjumpa dan deal dengan beberapa orang yang juga hackers2 termasuklah dari luar negara, buat report dengan Facebook dan SKKM dan sebagainya.. tp mungkin dah bukan rezeki saya, satu pun tak berhasil sampai sekarang.

Rentetannya, ptg tu sambil2 duduk kat meja bilik guru sekolah saya buka page manager dan terima satu message yg menawarkan custome made jubah. iyalah kan.. saya ni bukannya pakar tentang hackers2 ni. bila saya klik je link tu, fb terus hang. 2 kali saya log masuk tp tak berjaya. kali ketiga saya nampak page  Butik Qaireen Collection dah tak ada. Semua admin saya dibuang dan saya hanya blh menjadi pemerhati disitu!

Cepat betul. Time2 tu jugak saya tukar Pasword, tp dah terlambat. dalam 10 minit ja, semuanya bertukar tangan.. Diingatkan, strickly tak payah lah klik utk tengok sebarang image yg bg link..  saya dah terkena!!





Link diatas tu adalah link yg lebih kurang saya klik. Seingat2 saya itulah namanya. Saya nampak apa yg berlaku dan ia sungguh menyakitkan.

Saya ingatkan hackers tu akan berdiam diri. Mlm tu sekali lg acc saya kena hack, selepas buat report, FB akan hantar notification mengatakan ada org cuba log in  ke FB saya. Sekali lagi saya tukar pasword. dan dia tak berhenti disitu sahaja. 4 kali saya tukar pasword dalam 1 hari sehinggalah jika acc saya nak dibuka dari device yg berlainan dr IP yg saya biasa guna, FB akan hantar dulu kod pengaktifan ke nombor telefon yg saya daftarkan. Sampai mcm tu sekali. Jahat betul org2 ni..  tapi saya percaya, org yg dianiaya akan termakbul doanya. Allah hanya akan uji hambanya yg mampu menghadapi.

Dah hampir sebulan berlalu, dan tetiba... jeng jeng jeng.. Sakitnya tuh disini..


Hackers tu dah mula menggunakan Page saya yg dicurinya. Saya pejam mata dan hela nafas panjang. Terima dengan pasrah. Esok lusa mungkin Oage ini tidak akan kelihatan lagi.

Ini adalah maklumat Page Saya Butik Qaireen Collection yg masih ada disana sihingga kehari ini. Saya yakin, ada sinar yg lebih baik dari yg sebelum ini. InysaAllah.








Wednesday, January 28, 2015

Selamat Hari Tua

Assalam
Lama tak ada entry kannn. Byk jugak masak memasak, simpan pic sampai berabuk kat dlm phone tapi tak juga share2 kat blog ni..

Hari ni nak share jugak sebab rasa terharu..
Syukur diberikan umur hingga usia ini..moga Allah panjangkan usia selagi mampu mentaati perintahNya. Diberikan kesihatan yang baik, Dimudahlan perjalanan kehidupan, Punya keluarga yg sangat2 memahami dan sangat2 baik.

Panjang pulak mukadimahnya.. Ya lah.. dah terasa tuanya, tapi hati Muda. Ngee ☺

Mlm tadi En Asben bawak balik Kek.. mcm dah boleh agak sbb anak-anak semua tak mau tidor. Huhu dah lewat tapi nak juga tunggu ayah. Apa lg, bila En Asben panggil turun dengan kek dah atas meja..

Wow.. buat2 lah macam surprise. seronoklah budak2 tu. Bagi mama surprised. Anyway, Terima kasih banyak Abang Mohd Hilman, jadi suami yg baik dan juga teman kala susah dan senang.. Woit.. mana keknya? Ha ini dia. Blue berry Chess Cake. Sedap2.. rosak diet, jam 12 mlm makan kek lagi..
Yg paling best Lala lah.. potong kek besday lg.. Hehe

♫Happy Birthday To U ♫ Happy Birthday to U ♫  Happy birthday To Mama  ♫
♫ Happy Birthday To U♫
 


Tada.. Ada gak yg nak tau umur.. ? Dah tua dah..
Satu lagi.. ini br la surprise sbb tak ada pun dlm kepala akan dapat.. hehe. Thank sekali lg.❤❤


Juga Terima kasih banyak2 buat semua teman-teman yang mengucapkan Happy Birthday, ada yg Pm personal, ada yg di wall fb, Whatsapp, Telegram, canggih kan sekarang ni. Rasa happy dan terhibur sangat. Rasa diri ini diingati. Ada tak yg nak hantar hadiah.. nak bagi alamat nih.. salin2 ✎✎

Moga Allah merahmati kehidupan ini, diberikan kesihatan yang baik, dimudahkan urusan, rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah agar boleh dikongsikan bersama-sama. Amin.

-♡ Tutup entry untuk hari ni, insyaAllah semangat nak menulis dah datang balik ni, esok2 blh menulis lagi, hehe.♡ -

Friday, July 18, 2014

Kek Buah

http://aziejaya.blogspot.com/2014/05/kek-buah-kukus-lembab-dan-sangat-sedap.html?m=1

Saturday, July 5, 2014

Ikan Sweet Sour / Ikan masam manis

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Kareem

Hari dah hari ke7 berpuasa. Kejap ja masa berlalu. Dokkelam kelam kabut terkejar-kejar, habis dah 1 minggu.  Hari-hari saya memasak.. sian kat anak-anak, biarpun En Husband ada ja bungkusan makanan yang ditapau dari pasar Ramadhan, tp tak sama dengan yg dimasak sendiri.
 
 Hari ni nak kongsi resepi Ikan Masam Manis atau Ikan Sweet Sour resepi pilihan anak-anak saya.

 
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan - lbh kurang berat 1 kg
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
8 biji cili api
Carrot
Bawang besar dipotong
Cendawan butang
Daun limau purut
Hirisan nenas
Kapsikum - kalau ada
Bawang merah dan putih untuk menumis 
Garamdan gula secukup rasa.
* serbuk perasa jika perlu


Cara-caranya :
1. Goreng ikan hingga garing
2. Tumiskan bawang hingga garing. Masukkan cili api bersama sedikit air.
3. Masukkan semua sos-sos yang diatas + garam dan gula sesedap rasa.
Kalau kurang berkuah, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua sayuran. apabila sayur hampir masak, masukkan ikan dan gaul rata.


Senang sangat kannn.. rasanya pun emmm sedap.
Selamat mencuba.. :D

#Masak dari hati dengan penuh kasih sayang..ngeee :D

Roti lnti


Assalamualaikum..

Sebelum puasa hr tu ada sorang kawan lama ni tetiba mesage tanya mcm mana buat roti gulung nampak comel je.. saya ingatkan benda simple ni ramai dah tahu.. so saya terpanggil untuk kongsikan disini.. kali ni versi gulung dan lipat.



1. Cara pertama : roti dikukus dahulu sebelum ditekan leper

2. Inilah cr yg lebih senang, gelek roti sampai penyek ngan penggolek. Kalau rasa nak lebih cantik blh buang bhg tepi roti tu. Tekan betul2 tau..😊




3. Sebelum buat roti ni.. kena la siapkan inti dulu. Yg itu ikut kreativiti masing masing. Kali ni saya guna tiga jenis inti, semuanya baki memasak seblm2 ni. Inti kentang ayam kari, mushroom black peper ngan sardin.


4.  Roti gulung : Letak telur dihujung roti yg nak digulung, letak inti dan gulungkan. 
 Roti Lipat : Untuk roti lipat, letak telur dikeliling roti. Lekatkan kedua dua bucu. Kemudian, tekan  
 dengan hujung garpu dikeliling roti..






Saya buat roti ni bila sedar banyak lg roti yg belum habis tp masa lupus dah hampir. Jg blh lah buat banyak & di frozenkan. Senang bila anak2 nak makan.



6. Roti lipat  juga yang panggil karipap roti.
7. Untuk menggoreng gunakan api sederhana. Celupkan roti  kedalam tdur, goreng hingga garing.



 Selamat mencuba😊😊 & Selamat berbuka puasa..