Saturday, April 19, 2014

Karamel Gula Hangus

Assalamualaikum.

Siap je anak test rasa karamel paling senang ni.. saya: 'pun petik la key pad tepon ni. Sedia utk berkongsi resepi utk minum ptg ni.





Bahan bahannya:

Karamel:
7 biji telur ayam sedarhana besar
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastad ( pilihan )




1. Campurkan semua bahan - bahan diatas dan blend. Kalau nak pukul pun boleh tapi saya suka cr yg senang je..



2. Tepung custard tu pilihan... kalau suka yg lembik tak payah letak. Kalau letak texturenya akan sedikit keras.



3. Blend agak2 semua dah sebati. Kalau pukul ngan tangan make sure ditapis ye jgn pulak ada yg berketul.

Gula hangus:
15 sudu gula pasir
1/2 gelas air


Masak gula dengan api perlahan. Campurkan air bila gula cair dan keperangan.


4. Masukkan satu sudu gula kedalam setiap bekas kecil. Kalau buat dalam loyang, terus je masak gula dalam loyang.

5. Tuangkan campuran karamel.

6. Kukus hingga masak.




Cucuk dengan lidi untuk tahu masak ke tidak.. Kalau tak melekat tu, dah masak lah tu.



Sedia untuk disejuk dan dihidangkan. Kalau bekas dadih ni blh dapat 12 bekas.
Blh makan terus dari bekas atau dituang masuk kedalam piring.




Selamat mencuba..

Sunday, April 13, 2014

Seri Muka @ Pulut Sekaya

Assalamualaikum...

Sambil2 masak utk lunch, kepala ligat pikir nak mkn apa ptg ni..

Emm dah lama tak buat Pulut Sekaya... ambik pulut terus rendam. Selesai ja masak lunch, sambung buat Seri Muka atau Pulut Sekaya panggilan org Jitra.. hehe. Betoi dak mak?

So hr ni nak kongsi menu agak2 saya dr dulu2. Tak ada ukuran tepat ye..




Bahan bahan:
Pulut lbh kurang 1/2 kilo
Pati Santan
5 biji telur
Gula
Secubit garam
Daun Pandan
Tepung gandum lbh kurang 5 sudu

Cara-caranya:
Kukus pulut dengan Santan dan sedikit garam dalam lotang yg akan digunakan utk buat pulut sekaya sampai masak. Garam saya tu warna pink sebab garam bukit.. :D





Kepala Pulut Sekaya.

1.Blend 10 helai daun pandan dengan sedikit je air.. kira2nya, bagi blh kisar la..
Ambil pati daun pandan tersebut.







2. Campurkan telur, gula, santan, pati daun pandan dan blend lagi.

Sukatan pati santan adalah sama banyak dengan sukatan telur.. cth seperti gambar dibawah..


Tuangkan keatas pulut yg hampir masak / dah masak. Kukus lagi hingga keras.

Cucuk Pulut Sekaya utk tentukan lapisan hijau dah masak ka blm... sejukkan sebelum dipotong.
Kalau tarik tu elok ja keluarnya.. masaklah tu.


Pic diatas tu, hidangan dipotong time blm sejuk.. anak2 dah tak sabar, tu yg comot skit tu.

Selamat mencuba..

Friday, April 4, 2014

Mushroom Soup Home Made

Assamualaikum..

Ptg semalam teringin nak makan bakar-bakar. So nak melengkapkan menu, saya buat Mushroom Soup ngan bakar roti ngan Garlic Spread.

So, sambil2 dlm kereta jln jem ni.. blh saya share.Sory typo erro sbb jari besar dari huruf2 kat key pad i...hehe





Bahan- bahan:

Bawang merah ngan bawang putih utk menumis.

Kalau bawang Holland lg baguss

Planta untuk menumis

Satu kotak fresh milk

Separu botol kecik Prego kabonara

Satu tin cendawan butang

Isi ayam

2 keping chess

Serbuk lada hitam

Garam

Serbuk paisley

4 sudu besar tepung jagung



Ini recipe saya sendiri selepas mengadaptasi recipe2 dr pembacaan. Kalau tak berapa kena ngan selera, blhlah ubah skit2.



Cara caranya:

1. Tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan prego kabonara. Gaul sebati, masukkan ayan & cendawan. Masak dengan api sederhana.

2. Masukkan susu segar dan chess. Renihkahkan.

3. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air masukkan kedalam periuk.

4. Tambahkan garam dan lada hitam sesedap rasa.

5. Sebelum dihidangkan, letakkan sedikit serbuk paisley..

Kali ni serbuk paisley tak de.. so tak letak pun.



Anak anak saya suka.. habis seperiuk.



Nak buat black paper souce ala2 saya... lagilah senang.

Mushroom soup td dicairkan sedikit. Masukkan lada hitam kisar ye... bukan lada serbuk .. yg tu tak sedap. Sambil2 tuang tu rasa lah agar tak terlalu padas, tambahkan hirisan cendawan, dan gula perang. Fuh, lg sedap dr yg kat kedai tu!



Garlic Spread Home Made.











Cara buat garlic spread.

1. Bakar bawang putih

2. Tumbuk sampai lumat

3. Campurkan dalam planta dan gaul.

4. Sapu atas rti dan bakar.

5. Kalau atas french loaf lg sedap. Tak pun atas roti benggali kata org Jitra.. hik hik.



Sidedishnya.. yg simple2 je:



Selamat menjamu selera bersama keluarga. Next saya kongsikan cara perap ayam, daging dan kambing. Mabeless..


Butter Cake

Assalamualaikum.

Hr ni nak kongsi recipe buat Butter Cake. Untuk bakar, saya guna periuk serbaguna Noxa je.

Puas hati dgn hasilnya.. jom la mencuba.







Bahan bahan nya:
4 biji telur
240 g gula kastor
250g Achor Butter
50g susu cair
290 g tepung Blue Key (pink)
1 sudu teh esen vanila



1. Macam biasa, pukul gula dengan butter sampai kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sampai gebu.





2. Masukkan esen vanila. Then tepung.
Kaup balikkan tepung hingga sebati. Dah siap.
Kalau nak buat marble, letakkan pewarna. Dlm pic ni, saya tambah sebahagian
tepung tu dengan cooking choclate.

Layerkan dlm loyang. Pic tu guna periuk.. hehe. Dah boleh bakar.







Kalau pakai periuk Noxa, ambik function Stim, stim 33 minit.
Dah masak..
Inilah hasil. Plain Butter Cake & Marble Cake.




Butter Cake

Assalamualaikum.

Hr ni nak kongsi recipe buat Butter Cake. Untuk bakar, saya guna periuk serbaguna Noxa je.

Puas hati dgn hasilnya.. jom la mencuba.







Bahan bahan nya:
4 biji telur
240 g gula kastor
250g Achor Butter
50g susu cair
290 g tepung Blue Key (pink)
1 sudu teh esen vanila



1. Macam biasa, pukul gula dengan butter sampai kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sampai gebu.





2. Masukkan esen vanila. Then tepung.

Kaup balikkan tepung hingga sebati. Dah siap.

Kalau nak buat marble, letakkan pewarna. Dlm pic ni, saya tambah sebahagian

tepung tu dengan cooking choclate.



Layerkan dlm loyang. Pic tu guna periuk.. hehe. Dah boleh bakar.







Kalau pakai periuk Noxa, ambik function Stim, stim 33 minit.

Dah masak..

Inilah hasil. Plain butter cake & Marble cake.