Monday, June 30, 2014

Ikan Steam

Hari kedua puasa untuk tahun ni..
Alhamdulillah dipermudahkan.

Hari ni saya masak ikan steam dan ada sejenis dua lg lauk sampingan. Ini perkongsiannya:


Bahan bahanya:
1 ekor ikan dalam berat 1kg.
   - hari ni saya masak Siakap

10 biji cili api
Sedikit halia muda
Sedikit lengkuas
Potongan nanas
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci carrot dipotong
1/2 biji limau nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
Garam dan serbuk perasa sesedap rasa



Cara-caranya:
Ikan dilumurkan dengan sedikit garam
1. Bawang besar dan nanas dipotong dadu
2. Halia muda dan lengkuas dipotong nipis
3. Cili api diketuk
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, campurkan sos tiram, sos cili sos tomato, sos ikan garam, air limau - tuang keatas ikan.
5. Masukkan bahan yg dipotng dadu.

6. Kukus hingga masak... dah masak bolehlah ditabur  sedikit daun bawang untukl menambahkan aroma..

Selamat mencuba & Selamat berbuka puasa..:D


Sunday, June 29, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Karim.
Alhamdulillah, syukur kerana diberikan peluang untuk mengecap nikmat berpuasa lg untuk Ramadhan tahun ini.
Bulan barakah yg ditunggu tunggu saban tahun.. Ini adalah tahun ke 7 saya bersahur dengan makanan yg sangat tingkas. Kalai sebelum sebelum tu memang bangun memasak.. kurang2 oun masak simple2 yg goreng goreng ja tp sekarang ni lg simple, cepat, senang, berkhasiat dan sedap!!!
Sahur dengan Nutrisi Seimbang Herbalife. Bukan saya sahaja, tapi suami, dan 3 orang anak. Bukan saya tak memasak.. untuk hr pertama ni saya buat gak nasi goreng tp hanya Afiq sorang ja yg sentuh.. itu pun hanya seciput.
Alya dan Sofea dah pernah bersahur dengan Nutrisi Herbalife tahun tahun sebelum ni.. so langsung tak mau makanan lain.
Alhamdulillah, Nutrisi Herbalife membekalkan zat yg cukup untuk badan, dapat mengekalkan kedihatan dan tenaga sepanjang hari.
Sehingga petang anak anak masih bertenaga..
Kalau ada sesapa mak tahu lebih lanjut tentang nutrisi Herbalife, blh contact saya atau whatsupp di +6136090928 - Kelab 123 Bandar Tasik Puteri.
Alhamdulillah.. masih riang dan bertenaga hinggalah waktu berbuka.. Mohd Afiq ja buat perangai skit.
 Mlm ni kami akan bertarawikh di Masjid Wilayah. Doakan agar istiqamah. Dah lama tak berpeluang kemasjid, hanya buat dirumah ja... kini anak2 dah besar, bolehlah diusung bawak sekali semuanya.. :D


 

Timun Anika

Assalamualaikum..

Walaupun be. Kerja.. balik terkocoh2..masak tetap masak. Sesrkali blh bg suami ngan anak  anak mkn air tangan orang.. tp yg afdalnya air tangan sendiri. Sambil2 masak blh zikir Al Latif Al Latif.. InsyaAllah byk kelebihannya.



Menu yg jarang2 saya buat. Tiap2 thn tunggu Ramadhan br rajin nak membuatnya.Nama masakan hr ni saya letakkan Timun Aneka. Kata adik saya ada chemestry ngan pasaraya kat kg ka.. Pasaraya Anika Jitra.. hehe, gasaklah beb.





Bahan bahan:

2 batang timun - cr yg besar
1 biji kentang - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
10 biji cendawan butang - potong dadu
Ayam cincang 1/2 mangkuk
2 sudu besar Serbuk rempah kurma
Lada hitam tumbuk
Sedikit pati santan
Bawang merah dan putih untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara-cara:
1. Masak bahan inti dulu. Masak mcm buat inti karipap tu..
Tumis bawang merah ngan putih sampai perang.
Masukkan rempah kurma, ayam, kentang dan cendawan & sedikit air.. Masak hingga kering.

2. Kupas timun dan lorekkan dengan garpu permukaan timun. Potong sebelah kepalanya.
Korek biji timun dan keluarkan.

 3. Masukkan bahan bahan inti tadi kedalam lubang biji timun yg dah dikorek tadi.
masukkan betul betul sampai agak2 ketat. Simpan sedikit inti tu.. jgn Dihabiskan ya..



 3. Goreng timun tadi sampai garing.





 44. Baki inti td, letakkan pati santan dan lada hitam. Gaul semula bersama sama timun.

 Sebelum dihidangkan, potong dulu timun agar mudah untuk dimakan.
Rasanya memang sedap. Rangup krup2 ngan isi dlm yg lembut. Mabeles u..



Selamat mencuba semua... tak cuba rugi...

Kredit kpd Kak Kifayah Hanim yg ajarkan resepi best ni kat saya 5,6 thn yg lalu.


Ikan Tiga Rasa

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Kareem. Hari ni 1 Ramadhan 1435 bersamaan 29 Jun 2014, hari pertama Ramadhan untuk tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan yang terbaik untuk kita semua.



Walaupun hr pertama puasa, rutin harian sama ja macam biasa.. tambah2 pulak bibik pun bercuti hujung minggu ni. Hari ni saya bakal berbuka dengan mertua di Sentul. So ini ja yg menantunya masak.. En Hubby suruh tambah tp lauk pauk lain semuanya masih keras dlm fridge. Jap lg kita singgah ja kat Bazar Ramadhan Sentul, tambah la skit juadahnya.



Dari bau memang cam sedap dan menyelerakan.. almaklumlaj puasa.. bau pun sedap. Selamat membaca resepi yg tak seberapa ni, moga boleh memberikan inspirasi kepada rakan rakan. P/S; otw ke rmh mertua.. dlm keta ni. So typo erro tu biasalah kan..





Bahan bahannya:

Ikan lbh kurang seberat 1 kg.
-kali ini ikan merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1/2 kapsicum
2 keping nenas
2 keping daun limau purut
Sedikit halia
1 batang serai
3 biji cili merah
8 biji cili api ( ikut kesesuaian)
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
secubit kiub ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
bawang putih dan bawang merah untuk menumis
Minyak untuk menggoreng dan menumis.







Cara-caranya:

a. Goreng ikan dalam minyak banyak hingga masak
b. Cili merah dan cili api dikisar. Saya guna chooper supaya tak hancur.
c. Serai dititik. Bawang besar, tomato, capsicum, nenas dipotong dadu.



1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga perang. Masukkan bahan b.
Masak hingga naik minyak.
2. Campurkan bahan bahan c, campurkan sos ikan, sos tiram, sos cili siam dan daun limau purut.
3. Letakkan gula dan garam sesedap rasa dan sedikit kiub ikan.





4. Campurkan sedikit air. Letak ikan, kacau dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba.

Saturday, June 7, 2014

Alya Maisara & Imaginasi

Dalam dok sibuk-sibuk org lain bersiap nak keluar.. si kecik ni awal2 lg dah bersiap.

Patutlah diam je..
Nampak apa dia buat. Berkreatif dan berimaginasi. Dah banyak buku buku yg mama bagi tp dinding jugak pilihan dia.

Dia nangis sebab kena sergah. Mama tak marah pun tp agaknya sebab terkejut kot. Mula lah mama pikiaq pikiaq bila lah nak mengecat semula dinding tu.

Nak di lap, Lala conteng ngan oil paste. Susah nak tanggal. Macam macam corak ada.. hehe. Puasa tinggal berapa hr ja lg.. kalau masuk bln puasa lg tak larat nak buat kerja. Tak kan nak dibiarkan macam tu pulak kann..

Kalau kengkawan ada tip utk hilangkan oil paste ni blh la kongsi-kongsi kat sini. Moga memberi manfaat untuk kita semua.

#kesayanganhamba
#permatahati

Roti Arab /Puri

Salam cuti sekolah.
Time gini lah masa betul betul duduk ngan anak2. Kalau tidak asyik kelam kabut ja.. semua nak dibuat nak di sentuh. Mlm ja bedebum tido..
Hr ni nak share recipe senang gak.
Credit to Kak Nisya yg dah ajar saya buat Puri beberapa thn dulu. Saya ni kalau blh senang nak senang lg.. hr ni buat kari ayam utk lunch.. so saje buat bg banyak. Memang dah niat nak mkn roti je malam ni.


Bahan bahan:
1 kilo tepung gandum
1 sudu besar yis
1/2 cawan susu cair
1 senduk gula
Air Suam
* sukatan ni byk tau. Kalau nak mkn setakat 4-5org buat 1/2 kilo tepung dah cukup...
Cara caranya:
1. Kalau air suam +gula + yis
2. Campurkan kedalam tepung, + susu cair
3. Uli hingga menjadi doh. Tambah air jika perlu.
4. Rehatkan 3-4 jam, tutup dengan kain lembab. Doh akan kembang sekali ganda.
5. Bulat bulatkan dan canai. Biar nipis baru roti akan kembung macam dalam gambar tu.

6. Goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana.
Sedia untuk dihidangkan.
Cadangan kuah, saya suka kari. Blh jugak ngan kuah sardin, sambal ikan bilis atau serawa durian/ pengat durian.
~ Kata kwn saya, roti yg saya buat macam bentuk peta India. Tak kisahlah asalkan sedap.
Jom la buat.. kalau utk hidangan berbuka puasa mesti lg terangkat ni!
Kalau suka blh share.. mencari pahala free dari minat memasak..
#lovetocook
#lovetoeat

Mee Rebus Pak Wan

Assalamualaikum kawan kawan. Time cuti sekolah ni kalau tak buat apa2 sure boring kan. Apa kata cuba recipe ni utk minum petang ni.

Hidangan ni dah lama saya masak.. tinggal lg tak sempat nak share. Mee rebus yg arwah ayah saya terre buat. Memang sedap. Yg saya share ni recipe campak2 ja taw.. so u all blh adjust2 sendiri.🍲

Bahan bahan kuah:
1/2 mangkuk Udang hidup / kering
1/2 mangkuk kacang tanah
Ubi keledek oren. Saya ganti ngan kentang sbb tak ada keledek.
Cili blender
Bawang untuk tumisan
Garam dan air asam secukup rasa

Bahan rencah tabur:
1 mangkuk daging
4  biji telur
2 keping tauhu
Daun bawang

1 bungkus mee kuning

Cara caranya:
1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air stok daging tu utk kuah. Daging potong untuk rencah mee.
2. Sama gak ngan tauhu.. goreng dan potong kecik2.. hehe
3. Blend ubi ngan udang dan ketepikan. Blend pulak kacang.. jgn sampai terlalu halus.. tak best.
4. Tumis bawang dan masak cili blender macam biasa..
5. Masukkan bhn2 keledek, kacang & stok daging, btg daumln bawang.
6. Masukkan air asam dan garam sesedap rasa.. cairkan sedikit dan masak hingga mendidih.

P/S - ada sesetengah org suka letak belacan.. so pandai2 sendiri lah ye.

Celurkan mee. Sedia untuk dihidangkan..
Selamat Menjamu Selera..

#lovetocook
#lovetoeat
#realyloveshopping


Karipap

Assalam semua..

Hr ni kita main masak-masak buat karipap lak. Saya tahu ramai yg pandai, saya ja yg tak berapa reti nak buat tp kali ni kulitnya menjadi.. so nak jugak share cr yg mudah nak buat kulit karipap yg rangup.

Untuk inti ikut kreativiti masing-masing ya. Time ni saya buat 2 inti. Satu inti kabonara black paper & satu lagi inti sardin.

Semuanya licin..

Bahan bahan kulit karipap:
6 sudu besar margerin
8 sudu sudu besar minyak. ( lps cair ukuran minyak mesti lebih byk dr margerin)
7 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air

Cara caranya:
Panaskan minyak dan margerin hingga berbuih.
Sejukkan dlm 5-6 minit
Masukkan dlm campuran tepung dan garam.
Gaul - guna senduk sbb minyak panas
Dah agak2 sebati.. tuangkan air sedikit sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
Rehatkan doh lbh kurang 2 jam. Tutup dgn kain lembab.

Sedia untuk dicanai dan dibuat karipap..
Selamat mencuba.

Friday, June 6, 2014

Cadar Patchwork China

Assalamualaikum
Kali ni nak cite bab rumah lak. Saya ni. Memang peminat cadar.. sejak berkahwin, suka tukar2 cadar. Bila terhampar ja.. puas hati. Asal ada ja kengkawan hulur katalog.. mesti dibelek. Tak cukup dgn tu beli lg kat kedai time sale. 

Kali ni nak cerita pasal cadar patchwork ni yg saya dah ada 4 set. Memang best.. bila dah dihampar, terletak ja.. cantik!

Saya memang rekomen untuk sesapa yg minat cadar tu utk mencuba. Tp diingatkan.. hanya ada 2 sarung bantal dan 1 quilt cover. So saya pakai jugak cadar fitted utk alas bawah quilt. Quilt ni blh guna as cadar atau selimut.

Harga sangat berbaloi.. kalau tak caya korang leh PM org yg jual ni.. whatsup pun blh +60173713550 atau fb wan norasmah wan mahadzir https://www.facebook.com/wannorasmah.wanmahadzir?fref=ts
Happy shopping friend..

 

Serius! Saya baru ja bukak fb sis yg jual ni.. lagi cantik2 corak terbaru. Korang p la jengah2. blh guna hari raya nanti.. hehe. Klik ja link ni : https://www.facebook.com/wannorasmah.wanmahadzir?fref=ts 

Rasa cam nak sambar ja lagi satu. Kalau saya order yg terbaru ni.. saya update picnya ya.. :D