Tuesday, December 8, 2015

Simple Cheese Cake Gebu

Assalammualaikum.
Dah lama rasanya tak menulis disini. Ntah apa2 sibuknya.
Hr ni punya pun minta maaflah kalau byk typo ya.. entry dr phone je. Jari akak ni bulat2 bosar.. keypadnya cinonet.. hahaha. Tp semangat nak jugak post entry.

Semenjak 2 menjak ni akak dah kembali ke hobi lama.. menjahit.. tp memasak tetap dihati. Ada juga masak sesuatu yg rasanya elok dikongsi tp tak menyempat nak menaip you! 😊

Ok hr ni nak kongsi kek yg nak2 akak suka sgt ni.. kejap je dah licin. Kalau suka blh ja share.. akak halalkan & terima kasih juga buat empunya asal resepi ni. Tak tau siapa orangnya.. banyak pahalanya kan..









Hujung minggu ni blh la try buat ye.. suka anak2 bila mama yg buat. Akak ni tengah cuti sekolah.. so blh la merajinkan diri bila2 je.. hihi.

Selamat Membaking .. 😊

Thursday, April 16, 2015

Pengalaman Mematangkan Kita - Acc Fb kena hack

Assalamualaikum.

Dah demam dua hari rentetan FB acc kena godam.. Ish, tak sangka sungguh.
Saya bukanlah bisnesman besar besaran. Berniaga untuk menyara keluarga. Sungguh sedih
bila page Butik Qaireen Collection di hack dan diambil terus oleh manusia durjana yg tidak bertanggungjawab.

Hampir sebulan penulisan saya terhenti..
5 tahun saya bertungkus lumus disitu, tapi bila dikenang2, di ingat2 tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.  Ini bukan bermakna saya hanya berserah semata-mata. Saya dah ikhtiar berjumpa dan deal dengan beberapa orang yang juga hackers2 termasuklah dari luar negara, buat report dengan Facebook dan SKKM dan sebagainya.. tp mungkin dah bukan rezeki saya, satu pun tak berhasil sampai sekarang.

Rentetannya, ptg tu sambil2 duduk kat meja bilik guru sekolah saya buka page manager dan terima satu message yg menawarkan custome made jubah. iyalah kan.. saya ni bukannya pakar tentang hackers2 ni. bila saya klik je link tu, fb terus hang. 2 kali saya log masuk tp tak berjaya. kali ketiga saya nampak page  Butik Qaireen Collection dah tak ada. Semua admin saya dibuang dan saya hanya blh menjadi pemerhati disitu!

Cepat betul. Time2 tu jugak saya tukar Pasword, tp dah terlambat. dalam 10 minit ja, semuanya bertukar tangan.. Diingatkan, strickly tak payah lah klik utk tengok sebarang image yg bg link..  saya dah terkena!!





Link diatas tu adalah link yg lebih kurang saya klik. Seingat2 saya itulah namanya. Saya nampak apa yg berlaku dan ia sungguh menyakitkan.

Saya ingatkan hackers tu akan berdiam diri. Mlm tu sekali lg acc saya kena hack, selepas buat report, FB akan hantar notification mengatakan ada org cuba log in  ke FB saya. Sekali lagi saya tukar pasword. dan dia tak berhenti disitu sahaja. 4 kali saya tukar pasword dalam 1 hari sehinggalah jika acc saya nak dibuka dari device yg berlainan dr IP yg saya biasa guna, FB akan hantar dulu kod pengaktifan ke nombor telefon yg saya daftarkan. Sampai mcm tu sekali. Jahat betul org2 ni..  tapi saya percaya, org yg dianiaya akan termakbul doanya. Allah hanya akan uji hambanya yg mampu menghadapi.

Dah hampir sebulan berlalu, dan tetiba... jeng jeng jeng.. Sakitnya tuh disini..


Hackers tu dah mula menggunakan Page saya yg dicurinya. Saya pejam mata dan hela nafas panjang. Terima dengan pasrah. Esok lusa mungkin Oage ini tidak akan kelihatan lagi.

Ini adalah maklumat Page Saya Butik Qaireen Collection yg masih ada disana sihingga kehari ini. Saya yakin, ada sinar yg lebih baik dari yg sebelum ini. InysaAllah.








Wednesday, January 28, 2015

Selamat Hari Tua

Assalam
Lama tak ada entry kannn. Byk jugak masak memasak, simpan pic sampai berabuk kat dlm phone tapi tak juga share2 kat blog ni..

Hari ni nak share jugak sebab rasa terharu..
Syukur diberikan umur hingga usia ini..moga Allah panjangkan usia selagi mampu mentaati perintahNya. Diberikan kesihatan yang baik, Dimudahlan perjalanan kehidupan, Punya keluarga yg sangat2 memahami dan sangat2 baik.

Panjang pulak mukadimahnya.. Ya lah.. dah terasa tuanya, tapi hati Muda. Ngee ☺

Mlm tadi En Asben bawak balik Kek.. mcm dah boleh agak sbb anak-anak semua tak mau tidor. Huhu dah lewat tapi nak juga tunggu ayah. Apa lg, bila En Asben panggil turun dengan kek dah atas meja..

Wow.. buat2 lah macam surprise. seronoklah budak2 tu. Bagi mama surprised. Anyway, Terima kasih banyak Abang Mohd Hilman, jadi suami yg baik dan juga teman kala susah dan senang.. Woit.. mana keknya? Ha ini dia. Blue berry Chess Cake. Sedap2.. rosak diet, jam 12 mlm makan kek lagi..
Yg paling best Lala lah.. potong kek besday lg.. Hehe

♫Happy Birthday To U ♫ Happy Birthday to U ♫  Happy birthday To Mama  ♫
♫ Happy Birthday To U♫
 


Tada.. Ada gak yg nak tau umur.. ? Dah tua dah..
Satu lagi.. ini br la surprise sbb tak ada pun dlm kepala akan dapat.. hehe. Thank sekali lg.❤❤


Juga Terima kasih banyak2 buat semua teman-teman yang mengucapkan Happy Birthday, ada yg Pm personal, ada yg di wall fb, Whatsapp, Telegram, canggih kan sekarang ni. Rasa happy dan terhibur sangat. Rasa diri ini diingati. Ada tak yg nak hantar hadiah.. nak bagi alamat nih.. salin2 ✎✎

Moga Allah merahmati kehidupan ini, diberikan kesihatan yang baik, dimudahkan urusan, rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah agar boleh dikongsikan bersama-sama. Amin.

-♡ Tutup entry untuk hari ni, insyaAllah semangat nak menulis dah datang balik ni, esok2 blh menulis lagi, hehe.♡ -