Thursday, April 16, 2015

Pengalaman Mematangkan Kita - Acc Fb kena hack

Assalamualaikum.

Dah demam dua hari rentetan FB acc kena godam.. Ish, tak sangka sungguh.
Saya bukanlah bisnesman besar besaran. Berniaga untuk menyara keluarga. Sungguh sedih
bila page Butik Qaireen Collection di hack dan diambil terus oleh manusia durjana yg tidak bertanggungjawab.

Hampir sebulan penulisan saya terhenti..
5 tahun saya bertungkus lumus disitu, tapi bila dikenang2, di ingat2 tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.  Ini bukan bermakna saya hanya berserah semata-mata. Saya dah ikhtiar berjumpa dan deal dengan beberapa orang yang juga hackers2 termasuklah dari luar negara, buat report dengan Facebook dan SKKM dan sebagainya.. tp mungkin dah bukan rezeki saya, satu pun tak berhasil sampai sekarang.

Rentetannya, ptg tu sambil2 duduk kat meja bilik guru sekolah saya buka page manager dan terima satu message yg menawarkan custome made jubah. iyalah kan.. saya ni bukannya pakar tentang hackers2 ni. bila saya klik je link tu, fb terus hang. 2 kali saya log masuk tp tak berjaya. kali ketiga saya nampak page  Butik Qaireen Collection dah tak ada. Semua admin saya dibuang dan saya hanya blh menjadi pemerhati disitu!

Cepat betul. Time2 tu jugak saya tukar Pasword, tp dah terlambat. dalam 10 minit ja, semuanya bertukar tangan.. Diingatkan, strickly tak payah lah klik utk tengok sebarang image yg bg link..  saya dah terkena!!





Link diatas tu adalah link yg lebih kurang saya klik. Seingat2 saya itulah namanya. Saya nampak apa yg berlaku dan ia sungguh menyakitkan.

Saya ingatkan hackers tu akan berdiam diri. Mlm tu sekali lg acc saya kena hack, selepas buat report, FB akan hantar notification mengatakan ada org cuba log in  ke FB saya. Sekali lagi saya tukar pasword. dan dia tak berhenti disitu sahaja. 4 kali saya tukar pasword dalam 1 hari sehinggalah jika acc saya nak dibuka dari device yg berlainan dr IP yg saya biasa guna, FB akan hantar dulu kod pengaktifan ke nombor telefon yg saya daftarkan. Sampai mcm tu sekali. Jahat betul org2 ni..  tapi saya percaya, org yg dianiaya akan termakbul doanya. Allah hanya akan uji hambanya yg mampu menghadapi.

Dah hampir sebulan berlalu, dan tetiba... jeng jeng jeng.. Sakitnya tuh disini..


Hackers tu dah mula menggunakan Page saya yg dicurinya. Saya pejam mata dan hela nafas panjang. Terima dengan pasrah. Esok lusa mungkin Oage ini tidak akan kelihatan lagi.

Ini adalah maklumat Page Saya Butik Qaireen Collection yg masih ada disana sihingga kehari ini. Saya yakin, ada sinar yg lebih baik dari yg sebelum ini. InysaAllah.








No comments:

Post a Comment