Monday, November 18, 2013

Bandung Lagi..

Bandung 1- 4 Okt 2013

Assalamualaikum..
Ini adalah catatan perjalanan kami sekeluarga. Macam tak de tempat lain pulak kan.. tapi sebenarnya tiket ni En Hubby dah beli lama... time tiket tak berapa mahal.. :D Lagi pun perjalanan ke Bandung tak lah semahal berjalan ketempat lain. Syukur juga sebab punya suami yg suka berjalan. dapat juga tengok tempat orang.

Nantilah, bila-bila senang aku akan share pengalaman aku Ke Hong Kong, Korea, Krabi, Bali.. dan mana2 tempat yg tak sempat2 nak share.

Hari Pertama -  1 Okt 2013
Jam 3.30 pagi bertolak dari rumah di Tasik Puteri Rawang. Aku yg drive coz husband demam. Agak lambat gak sebab flight kita orang jam 6.30 pagi.

Sampai Air Port LCCT dah jam 5.15, terus wrapping bag dan terus check in, sementara tu, cik abang pergi parking kereta.

Tak sempat nak snap gambar kat kaunter tu.. :D

Selesai urusan Emigresyen, turun ja bawah, dah announce gate dah buka.. nak ketandas pun dah tak sempat... Flight bordeing jam 6.45 pagi waktu Malaysia.



Penerbangan menambil masa 2 jalm 15 minit.
Masa di Bandung berbeza 1 jam dari masa di Malaysia tapi mataharinya terbit lebih awal. Sampai di Airport Husein Sastranegara kami menunggu Pak Supir. Patutnya pak supir yg menunggu passengger.. huhu.  Diingatkan ye.. jangan senang2 bg bag untuk dibantu.. bawa ja sendiri sebab takut2 kena pau... bukan sikit2 tau. Tapi kalau memang niat nak sedekah tu tak pe lah. Supir Abang dah booking awal2. Just tengok dr sharing teman2 di blog2 lain, so pilih mana yg kita rasa sesuai. Saja mencuba Pak Supir yg lain pulak.. Kat Airport ni jugak, kalau nak beli prepaid Indon, boleh terus beli.. 30 RPH.. lbh kurang RM10. Senang utk buat call sbb lbh jimat.

Terus ke Hotel, Check in dan tinggal barang dulu sbb bilik jam 2 baru blh masuk. Kita orang menginap di Aston Hotel. OK hotel ni.. terletak di Jalan Chehampelas.. senang nak berjln2.

 Menunggu Pak Supir di Air Port, Penyanyi jalanan dimana-mana, Lobi hotel - check in

 Gelagat Maisara menunggu ayah check in.

Selesai check in dan tinggal barang dan bag2, kami mulalah berjalan..

Destinasi Pertama - Kopo. Gudang kain
Aku naik pening tengok kain yg banyak2 kat sini. Sebenarnya pada pandangan aku, lebih menarik di Pasar Besar.. tapi kain disini lebih murah harganya. Aku beli jugak 5 pasang kain ela.. hehe
Singgah makan di Restoran Minang Sederhana.. bolehlah, perut dah lapar. Mana pulak perginya gambar.. next time aku masukkan.

Destinasi Kedua. - Cibaduyut
Tempat jualan barangan kulit. Disepanjang jalan ni banyak kedai-kedai barangan kulit,. Kedai KAsut, hand bag, tali pinggang, topi.. Tak ada yg tersangkut kat sini. Abang beli sandal ngan kasut. Afiq pun dapat sandal sepasang..


 Gamar Alya semasa di Kopo. Selebihnya di kedai kasut di Cibaduyut. Nampak tugu besar tu.. itulah trade mark kawasan ni..

Agak petang jugak kami balik ke Hotel. Aku dah keletihan. Mlm Abang keluar jugak berjln2 area dekat2 hotel.. memang happening, tapi mata aku dah tak larat nak bukak..  Ini gambar bilik kami. Sebuah bilik  Duluxe dan sebuah bilik Supperior. Aku suka.. ;D



 Kepada sesapa yg nak menginap disini, Hotel ni bersebelahan Hotel Fave, dan kedua2 hotel ni sebenarnya adik beradik..  Boleh tengok2 harga dekat sini ye..


Hari kedua - 2 Okt 2013

Sarapan di hotel..
Aku bg 4 bintang. Agak memuaskan dan sedap..

 Makanannya boleh tahan.. bayak pilihan. Aku segan la pulak nak p snap gambar..

Menunggu Pak Supir &  Perjalanan hari ini.. happy ja budak2 ni.

Destinasi ketiga - Tangkuban Perahu
Perjalanan mengambil masa 1 jam la jugak.. jauuuh naik keatas bukit.
Nak naik keatas ni, kena bayar. Bayaran mengikut perkepala dan juga bayaran kenderaan. So siapkan duit kecik awal2.. berapa RPH aa.. nanti aku semak balik note ye..

  Sepanjang perjalanan nak pusing kawah ni, ada macam-macam gerai. Pandai2 lah menawar kalau nak beli. Aku mengelak dr beli dengan penjaja-penjaja yg mengikut masa kita berjalan sebab kalau beli satu, nanti ramai lagi akan ikut. Itu dr pengalaman yg lepas2 la..
Bau sulfurnya agak kuat, so, utk anak-anak kecil dan yg ada athma eloklah pakai mask. Time bergambar, buka mask.. kalau tak apa yg nak nampak kannn.

 Permandangan dari atas kawah.. Kami tak turun pun sebab turun bawah tu sure meletihkan.. so tengok dari jauh cukuplah..

 Diberitakan, kawah ni aktif tiga bulan sebelum ini dan baru sahaja dibuka kepada umum semula bulan ini.



Destinasi Keempat - Kolam Rendam Air Panas Alam
OTW turun tu kami singgah di Kolam Rendam Air Panas Alam. Sempat gak mandi. Nak masuk sini pun ada bayaran. Kalau nak mandi kat luar  pun boleh, tapi terbuka la macam mandi kat air terjun gitu.. tapi airnya panas. Kalau tak pun bolehlah merendam kaki ditempat yg disediakan.


Memang panas sungguh. Airnya ada bau belerang dan pedih kalau masuk ke mata. Dikolam mandi ni dah disediakan tempat bilasan.. so boleh bawa untuk tukar. Lepas manadi badan terasa macam dah berlari satu padang.. letihnya!

Lunch di Pascal Food Market.


No comments:

Post a Comment