Monday, November 18, 2013

Bengkang Roti

Bismillahhirrahmanirrahim..

Jom makan Bengkang Roti.
Cuti sekolah dah bermula..

La ni tiap-tiap hari hujan. Petang ja hujan.. anak2 pun lapar ja. Almaklumlah, pergerakkan terbatas.
So, mama kena jugak la memasak apa yg patut..
 


Bahan- Bahannya:
12 keping roti
2 bji telur
1 1/2 gelas susu segar
5 susu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
* kismis kalau suka


Cara-caranya:




1.  Blend susu segar, susu pekat, telur dan esen vanila - tak perlulah terlalu kembang ye..
2.  Rendam roti yang dah dipotong-potong dalam susu segar.
3.  Rendam roti kedalam susu, sebahagiannya diramas sedikit.


 4.Campurkan semuanya dan masukkan kedalam dulang pembakar yg dah di gris.
    Kali ni aku guna kuali serbanika Vantage.  Taburkan kismis kalau nak.
    Senang la jugak pakai kuali ni..



 5. Bakar dengan api sederhana sahaja. Disebabkan pakai kuali ni, so aku alih-alihkan kedudukan api..  Bila dah agak masak sebelah, aku terbalikkan kuali tu.. nampak gambar yg last tu.. itu keadaan kuali terbalik. Hehe


Nak tahu masak ke tidak, cucuk je ngan pisau.. kalau dah tak melekat tu maknanya dah masak la bengkang roti kita. Aku suka yg garing2.. so inilah hasilnya.. Yg nampak macam berombak2 tu pasal aku terbalikkan kuali tu.. hahaha.  Sedap tau. Selamat mencuba :D

No comments:

Post a Comment