Monday, November 18, 2013

Puding Roti

Assalamualaikum.
Hari ni nak share resepi Puding Roti untuk minum petang.
Sebenarnya dah lama dok nak post resepi ni tapi tak kesampaian, sampailah ptg tadi aku buat pulak bengkang roti yg resepinya sama ja..



Bahan-bahannya:

10 keping roti
1 1/2 gelas susu cair
1 biji telur
1 sudu eson vanila
4 sudu susu pekat
5 susu besar gula
Sedikit air
* kismis dan marjerin jika mahu

Cara-caranya:


1. Rendam  roti dengan susu. Biarkan tenggelam
2. Masukkan gula kedlm loyang yg akan digunakan untuk mengukus puding. Masak gula atas api perlahan untuk dijadikan gula hangus. Biarkan sehingga keperangan sahaja, kalau terlebih gelap, gula akan pahit. Masukkan sedikit air.. lebih kurang 5-6 sudu. Hati-hati sebab gula akan meletup-letup. 



3. Pukul teler dengan susu pekat.
4. Susun roti didalam dulang yg berisi gula hangus tadi.
5. Campurkan telur yg dah dipukul bersama susu pekat kedalam susu cair. Tuang kedalam loyang.



6. Kukus lebih kurang 2 jam. Cucuk puding anda menggunakan pisau. Jika puding sudah tidak melekat, itu menandakan yg puding dah benar-benar masak.



Sejukkan dan sedia untuk dihidang.. :D
Senang sangat dan Selamat mencuba.

p/s : sebenarnya aku bukannya rajin sangat.. tu sebab la masak yang senang-senang je.. Heheh

No comments:

Post a Comment