Friday, April 4, 2014

Mushroom Soup Home Made

Assamualaikum..

Ptg semalam teringin nak makan bakar-bakar. So nak melengkapkan menu, saya buat Mushroom Soup ngan bakar roti ngan Garlic Spread.

So, sambil2 dlm kereta jln jem ni.. blh saya share.Sory typo erro sbb jari besar dari huruf2 kat key pad i...hehe





Bahan- bahan:

Bawang merah ngan bawang putih utk menumis.

Kalau bawang Holland lg baguss

Planta untuk menumis

Satu kotak fresh milk

Separu botol kecik Prego kabonara

Satu tin cendawan butang

Isi ayam

2 keping chess

Serbuk lada hitam

Garam

Serbuk paisley

4 sudu besar tepung jagung



Ini recipe saya sendiri selepas mengadaptasi recipe2 dr pembacaan. Kalau tak berapa kena ngan selera, blhlah ubah skit2.



Cara caranya:

1. Tumis bawang hingga kekuningan. Masukkan prego kabonara. Gaul sebati, masukkan ayan & cendawan. Masak dengan api sederhana.

2. Masukkan susu segar dan chess. Renihkahkan.

3. Cairkan tepung jagung dengan sedikit air masukkan kedalam periuk.

4. Tambahkan garam dan lada hitam sesedap rasa.

5. Sebelum dihidangkan, letakkan sedikit serbuk paisley..

Kali ni serbuk paisley tak de.. so tak letak pun.



Anak anak saya suka.. habis seperiuk.



Nak buat black paper souce ala2 saya... lagilah senang.

Mushroom soup td dicairkan sedikit. Masukkan lada hitam kisar ye... bukan lada serbuk .. yg tu tak sedap. Sambil2 tuang tu rasa lah agar tak terlalu padas, tambahkan hirisan cendawan, dan gula perang. Fuh, lg sedap dr yg kat kedai tu!



Garlic Spread Home Made.











Cara buat garlic spread.

1. Bakar bawang putih

2. Tumbuk sampai lumat

3. Campurkan dalam planta dan gaul.

4. Sapu atas rti dan bakar.

5. Kalau atas french loaf lg sedap. Tak pun atas roti benggali kata org Jitra.. hik hik.



Sidedishnya.. yg simple2 je:



Selamat menjamu selera bersama keluarga. Next saya kongsikan cara perap ayam, daging dan kambing. Mabeless..


3 comments: