Lama tak ada entry. Bukannya lupa, tapi tak ada kesempatan sebenarnya.
Kalau yg masuk2 tu, terus edit je kat phone. Tp entry kat phone ni leceh sikit, byk typo ero dan leceh nak masukkan gambar satu persatu.
Hari ni nak share skit pasal cara2 buat Ais Krim.. senang je sebenarnya.
Resepi ni aku dapat dari kawan seperguruan di Maktab Teknik dulu. Thanks to Wan Hardiana @ Dee. Thanks jugak kat FB sbb menemukan aku semula ngan Dee.
Ais Krim Oreo.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji telur (optional)
1 sudu besar ovelete ( cr yg halal punya ye.. )
1 sudu teh esen vanila
Biskut Oreo
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut oreo.
Pukul dengan high speed sehingga kembang.
Masukkan 4 keping biskut oreo dan pukul lagi.
Pukul campuran tadi hingga ukurannya kembang sekali ganda. ( Dpuble volume )
Masukkan kedalam bekas dan boleh disejukkan. Selepas 2 jam, keluarkan dan letakkan biskut oreo sebagai hiasan dan juga penyedap rasa.. hehe.
Senang kann. Untuk ukuran bahan-bahan diatas, dapat 1 bekas ais krim 1 liter dan satu bekas makanan segera.
Yang pentingnya anak-anak suka dan gembira.
Bekukan lebih kurang 24 jam supaya benar-benar keras. Sedia untuk dihidangkan.
Rasanya.. Sedap! Bolehlah nak buat lagi..:D
Ini lah rupa Ais Krim Oreo home made. Gebus dan menyelerakan.
Hr ni aku buat lagi Ais Krim Home Made.
Kali ni nak buat perasa Strawberry, Vanila, Coklat ngan Jagung. So, boleh tengok2 bahan-bahan dibawah.
Bahan-bahan:
Susu segar
Susu Strawberry
Susu pekat
Ovelete
Milo -
Jagung Cream
Esen Vanila
Esen Strawberry
Pewarna Merah dan Kuning
Kali ni aku mencuba dengan menggunakan blender.
Malangnya adunan tak kembang macam guna mixer, so.. terpaksalah tuang semula dan pukul balik guna mixer.
Aiskrim Pelangi.
Untuk ukuranya bahan-bahannya, masih lagi sama.
Untuk adunan jagung, jagung krim diblender dahulu ye.
Adunan dipukul seperti biasa. Bila semuanya dah kembang, berulah dicampurkan bahan perasa dan pewarna.
Sebaik-baiknya, masa campurkan bahan perasa ni, pukul guna mixer juga agar adunan stil kembang.
Campuran pertama : Campur ngan milo - sukatan agak2 lah sendiri ye
Campuran kedua : Campur jagung blender ngan pewarna kuning
Campuran ketiga : Campur esen vanila je.
Lepas tu korang selang selikan masuk dalam bekas macam buat kek pelangi tu. Boleh refer gambar diatas kalau tak berapa paham..
Ais Krim Strawberry
Untuk ukuranya bahan-bahannya, masih lagi sama tinggal susu cair digantikan dengan susu segar strawberry.
Susu pekat sikit sahaja coz susu segar strawberry ni dah manis.
Pukul macam biasa. Diingatkan, penggunaan susu fresh milk ni, adunan tak sekmbang macam guna susu cair
Adunan dipukul seperti biasa. Bila semuanya dah kembang, berulah dicampurkan bahan perasa dan pewarna.
Hehe.. Alhamdulillah, siap aiskrim untuk birthday Alya Sofea mlm esok dirumah Ustazah Salimah..
Jom la mencuba.. :D








Wah sedapnya!!!
ReplyDeleteWah sedapnya!!
ReplyDeleteSedap.. memang sedap. Bolehlah mencuba Miss One.
ReplyDelete