Saturday, June 7, 2014

Roti Arab /Puri

Salam cuti sekolah.
Time gini lah masa betul betul duduk ngan anak2. Kalau tidak asyik kelam kabut ja.. semua nak dibuat nak di sentuh. Mlm ja bedebum tido..
Hr ni nak share recipe senang gak.
Credit to Kak Nisya yg dah ajar saya buat Puri beberapa thn dulu. Saya ni kalau blh senang nak senang lg.. hr ni buat kari ayam utk lunch.. so saje buat bg banyak. Memang dah niat nak mkn roti je malam ni.


Bahan bahan:
1 kilo tepung gandum
1 sudu besar yis
1/2 cawan susu cair
1 senduk gula
Air Suam
* sukatan ni byk tau. Kalau nak mkn setakat 4-5org buat 1/2 kilo tepung dah cukup...
Cara caranya:
1. Kalau air suam +gula + yis
2. Campurkan kedalam tepung, + susu cair
3. Uli hingga menjadi doh. Tambah air jika perlu.
4. Rehatkan 3-4 jam, tutup dengan kain lembab. Doh akan kembang sekali ganda.
5. Bulat bulatkan dan canai. Biar nipis baru roti akan kembung macam dalam gambar tu.

6. Goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana.
Sedia untuk dihidangkan.
Cadangan kuah, saya suka kari. Blh jugak ngan kuah sardin, sambal ikan bilis atau serawa durian/ pengat durian.
~ Kata kwn saya, roti yg saya buat macam bentuk peta India. Tak kisahlah asalkan sedap.
Jom la buat.. kalau utk hidangan berbuka puasa mesti lg terangkat ni!
Kalau suka blh share.. mencari pahala free dari minat memasak..
#lovetocook
#lovetoeat

No comments:

Post a Comment